Perjalanan seawal 10 pagi bertolak dari Putrajaya, Nuke & Aswer telah menunggu di Petronas Presint 9 sedia untuk menuju ke Kulai jaya, Johor. Mengambil masa 3jam setengah akhirnya selamat berada di perkarangan IOI Mall, Kulai.
Isnin, 10 Oktober 2011
Rabu, 24 Ogos 2011
Selasa, 23 Ogos 2011
Khamis, 14 April 2011
Rabu, 16 Februari 2011
Rashsketch ai.
Salam,
Agak lama tak berinfo dah berkarat jari jemari menekan keypad. sebagai penbukaan bulan Februari layankan sketch ai dibawah...
Agak lama tak berinfo dah berkarat jari jemari menekan keypad. sebagai penbukaan bulan Februari layankan sketch ai dibawah...
Isnin, 10 Januari 2011
Isnin, 13 Disember 2010
Meeting of Styles Kuala Lumpur 2010.
Ia suatu detik kemuncak bagi semua, terutama semua writer PWC untuk akhir tahun 2010. Kami sememangnya menantikan saat ini dalam suatu perjumpaan yang menghimpunkan kebanyakkan writer dan street-art. Tempat dimana kami bertukar pandangan/ berinteraksi sesama ahli untuk mengeratkan silaturahim sesama insan.
Diruang ini kami berpeluang mencuba spray-cans "Blubber" yang merupakan salah satu sponser MOS KL2010, dan tak lupa juga terima kasih kepada The Super Sunday yang membawa "Massive" spray-cans untuk pengenalan pada PWC.
Rakaman sebahagian ucapan Aroe MSK sebelum acara KUL SIGN bermula.
Diantara writer yang datang pada MOS KL2010..
Nsane MASE (Indonesia), Rosk (Mist) PWC, Nenok PWC, Mimer OAC (Singapore), Domer PWC, Zids Bai PMT (Thailand).
Shake FAB (Indonesia), Esok OAC (Singapore), Acit nYtu (Malaysia), Gary MSK HA, Jiroe HA ADL RTS.
Rash PWC, Desyr (nuke)PWC, Roid MSK HA, Damis PWC.
Terima kasih pada Jay yang mengambil gambar untuk liputan blog ini, pada masyhar2369 untuk video dan The Super Sunday yang menjadikan MOS KL2010 menjadi nyata.
Rabu, 1 Disember 2010
PWC X UB X TSS X PHBLK X TLG
Teruja kami dalam menghasilkan prodo sesama writer tak kira sesama krew atau dari luar memang menghasilkan konklusi pengalaman dan pengetahuan bermakna. Juga pergaulan secara harmoni mematangkan sikap kita antara insan dengan saling hormat menghormati.
Sesi kali ini disertai dengan aktiviti BBQ, sebab kebiasaan kami sentiasa dalam kelaparan maklumlah kedai makan jauh. Dengan adanya BBQ menjimatkan masa untuk keluar rehat. Kira paint dengan chill la hari tu.
Beberapa gambar yang dapat dirakam sepanjang Sesi yang berlaku pada sabtu lepas.

Waser X Nuke@Desyr
Newba X Keas X Rashe
Selasa, 23 November 2010
Tamplete membuat laporan.
Saya ucapkan terima kasih di atas masa anda membaca artikel ini. Walau bagaimanapun, saya harap anda faham bahawa laporan kepada umum perlu mempunyai format bukan sekadar papar fakta. Ini adalah penting supaya senang untuk dibaca dan digunakan sebagai maklumat untuk membuat keputusan. Laporan ini juga boleh disimpan dan digunakan untuk rujukan pada masa hadapan. Tidak kurang pentingnya ialah saya boleh gunakan laporan ini untuk memberi maklumbalas kepada future client.
Laporan sepatutnya mengandungi tajuk-tajuk di antaranya :-
1. Tujuan
2. Latarbelakang atau Senario Masakini
3. Masalah/ Isu yang perlu ditangani/ Skop dan jadual pelaksanaan/ Skop Kajian
4. Tindakan-tindakan yang telah diambil
5. Jadual pelaksanaan sebenar
6. Hasil penemuan kajian
7. Cadangan tindakan selanjutnya
8. Syor (jika melibatkan keputusan).
9. Penutup/ Rumusan
Pelapor perlu memilih tajuk-tajuk di atas mengikut kesesuaian laporan yang dibuat. Dengan adanya laporan seperti ini, pelapor dapat memberikan maklumat yang lengkap untuk digunakan oleh pihak pengurusan dan dapat menunjukkan bahawa perancangan yang mantap telah dibuat untuk melaksanakan tugas yang diarahkan. Dalam menulis laporan, pelapor juga akan berfikir dengan lebih mendalam mengenai apa yang dilaksanakan dan mungkin dapat idea-idea untuk menjalankan tugas yang diarahkan dengan lebih berkesan.
Walau bagaimanapun, gunakanlah budi bicara. Untuk memaklumkan status atau makluman segera, tidak perlu lah memeras otak untuk membuat laporan yang panjang lebar dan melambatkan penghantaran makluman tersebut. Sekiranya, sesuatu laporan diperlukan segera, seboleh-bolehnya sediakan laporan yang terbaik untuk masa yang singkat. Jangan pula sampai terlajak masa laporan diperlukan.
Ahad, 17 Oktober 2010
Chilling in hot weather.
Suhu pemanasan global amat dirasai terutama dikampungku, namun ia bukan bermakna berakhirnya suasana damai dan ceria bagiku. Menikmati suasana nyaman dengan aktiviti graff sambil minum kelapa segar satu-satunya ekspresi bebas yang aku idamkan.
Khamis, 14 Oktober 2010
Isnin, 11 Oktober 2010
Gather after Raya!
Peh! Lame siut, tak jumpa korang. Eh, bila korang bla, bla, bla dan bla... sudah menjadi fitrah manusia, bila kita berjauhan tanpa kerap berhubungan maka banyaklah cerita yang akan dikongsi. Sel-sel otak mula berhubung macam iklan susu. Bermula dari gossip, info, knowledge sampai benda karut habis semua rancak diperbualkan. Ternyata ikatan ukhuwah antara famili graff tiada putusnya bila kita bertemu secara 4 mata...
Dirty-dozen list.. Newba (Nebs), Waser, Nenok, Rash, Nuke (Dsire) dan Askoe (Aske).
Enjoy the making....
Terima kasih atas Jacket PWC yang sekian lama ditunggu akhirnya berada ditangan. Terima kasih pada Nenok atas projek anda menyeragamkan sebahagian PWC famili dengan crossover bersama NTA (Indonesia). Gue suka bangat Yacketnya....

Rabu, 6 Oktober 2010
Ahad, 3 Oktober 2010
Random Throwie
Sebahagian koleksi yang ada dalam h/phone untuk dikongsi bersama... sebahagian ada dimana-mana yang mungkin berdekatan anda.
Khamis, 23 September 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Sekian lama tak online, dan lama juga tak melayari blog kengkawan sealiran. harap tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Ahad, 5 September 2010
Rash X Paul X Mile
Hasil dari perjumpaan graff di MMUCyberjaya, Mile dan aku telah berkenalan dengan Paul Airbrush. Paul seorang yang amat dedikasi dalam bidang airbrushnya, dedikasinya pada graff jelas terpancar dari blackbooknya, itu pun jika anda mengenalinya.
Dan kali ini kami Sembur disalah satu spot baru yang aku pilih secara rambang.. iaitu Dengkil sebuah tempat yang tidak jauh dari Cyberjaya, pada permulaan sembur, Paul with Puteri dan aku terus mulakan aktiviti kami dibawah sinaran terik matahari dibulan puasa.Tak sunyi kami dalam sibuk sembur ada yang perihatin menyapa kami, terima kasih pada perhatian anda!
Hampir jam 4petang, akhirnya Mile muncul menyertai kami untuk melengkapkan barisan dinding Hotel Sepang yang akan dibuka tidak lama lagi...

Langgan:
Catatan (Atom)