AdSense

AdSense

Selasa, 23 November 2010

Tamplete membuat laporan.

Saya ucapkan terima kasih di atas masa anda membaca artikel ini.  Walau bagaimanapun, saya harap anda faham bahawa laporan kepada umum perlu mempunyai format bukan sekadar papar fakta.  Ini adalah penting supaya senang untuk dibaca dan digunakan sebagai maklumat untuk membuat keputusan.  Laporan ini juga boleh disimpan dan digunakan untuk rujukan pada masa hadapan.  Tidak kurang pentingnya ialah saya boleh gunakan laporan ini untuk memberi maklumbalas kepada future client. 
Laporan sepatutnya mengandungi tajuk-tajuk di antaranya :-

1.    Tujuan
2.    Latarbelakang atau Senario Masakini
3.    Masalah/ Isu yang perlu ditangani/ Skop dan jadual pelaksanaan/ Skop Kajian
4.    Tindakan-tindakan yang telah diambil
5.    Jadual pelaksanaan sebenar
6.    Hasil penemuan kajian
7.    Cadangan tindakan selanjutnya
8.    Syor (jika melibatkan keputusan).
9.    Penutup/ Rumusan

Pelapor perlu memilih tajuk-tajuk di atas mengikut kesesuaian laporan yang dibuat.  Dengan adanya laporan seperti ini, pelapor dapat memberikan maklumat yang lengkap untuk digunakan oleh pihak pengurusan dan dapat menunjukkan bahawa perancangan yang mantap telah dibuat untuk melaksanakan tugas yang diarahkan.  Dalam menulis laporan, pelapor juga akan berfikir dengan lebih mendalam mengenai apa yang dilaksanakan dan mungkin dapat idea-idea untuk menjalankan tugas yang diarahkan dengan lebih berkesan. 
Walau bagaimanapun, gunakanlah budi bicara.  Untuk memaklumkan status atau makluman segera, tidak perlu lah memeras otak untuk membuat laporan yang panjang lebar dan melambatkan penghantaran makluman tersebut.  Sekiranya, sesuatu laporan diperlukan segera, seboleh-bolehnya sediakan laporan yang terbaik untuk masa yang singkat.  Jangan pula sampai terlajak masa laporan diperlukan.

Ahad, 17 Oktober 2010

Chilling in hot weather.

Suhu pemanasan global amat dirasai terutama dikampungku, namun ia bukan bermakna berakhirnya suasana damai dan ceria bagiku. Menikmati suasana nyaman dengan aktiviti graff sambil minum kelapa segar satu-satunya ekspresi bebas yang aku idamkan.

Khamis, 14 Oktober 2010

Moniker Artfair London

Usha video kloip ni, jalan cerita sempoi...

Isnin, 11 Oktober 2010

Gather after Raya!

Peh! Lame siut,  tak jumpa korang. Eh, bila korang bla, bla, bla dan bla... sudah menjadi fitrah manusia, bila kita berjauhan tanpa kerap berhubungan maka banyaklah cerita yang akan dikongsi. Sel-sel otak mula berhubung macam iklan susu. Bermula dari gossip, info, knowledge sampai benda karut habis semua rancak diperbualkan. Ternyata ikatan ukhuwah antara famili graff  tiada putusnya bila kita bertemu secara 4 mata...
Dirty-dozen list.. Newba (Nebs), Waser, Nenok, Rash, Nuke (Dsire) dan Askoe (Aske).
Enjoy the making....



Terima kasih atas Jacket PWC yang sekian lama ditunggu akhirnya berada ditangan. Terima kasih pada Nenok atas projek anda menyeragamkan sebahagian PWC famili dengan crossover bersama NTA (Indonesia). Gue suka bangat Yacketnya....


Rabu, 6 Oktober 2010

My dope sketch.. S2B


Untuk sekian kalinya S2B datang lagi.. beberapa gaya utk dipaparkan disini. enjoy!

Putrajaya Spot

Ahad, 3 Oktober 2010

Random Throwie

Sebahagian koleksi yang ada dalam h/phone untuk dikongsi bersama... sebahagian ada dimana-mana yang mungkin berdekatan anda.