Ia suatu detik kemuncak bagi semua, terutama semua writer PWC untuk akhir tahun 2010. Kami sememangnya menantikan saat ini dalam suatu perjumpaan yang menghimpunkan kebanyakkan writer dan street-art. Tempat dimana kami bertukar pandangan/ berinteraksi sesama ahli untuk mengeratkan silaturahim sesama insan.
Diruang ini kami berpeluang mencuba spray-cans "Blubber" yang merupakan salah satu sponser MOS KL2010, dan tak lupa juga terima kasih kepada The Super Sunday yang membawa "Massive" spray-cans untuk pengenalan pada PWC.
Rakaman sebahagian ucapan Aroe MSK sebelum acara KUL SIGN bermula.
Diantara writer yang datang pada MOS KL2010..
Nsane MASE (Indonesia), Rosk (Mist) PWC, Nenok PWC, Mimer OAC (Singapore), Domer PWC, Zids Bai PMT (Thailand).
Shake FAB (Indonesia), Esok OAC (Singapore), Acit nYtu (Malaysia), Gary MSK HA, Jiroe HA ADL RTS.
Rash PWC, Desyr (nuke)PWC, Roid MSK HA, Damis PWC.
Terima kasih pada Jay yang mengambil gambar untuk liputan blog ini, pada masyhar2369 untuk video dan The Super Sunday yang menjadikan MOS KL2010 menjadi nyata.
Teruja kami dalam menghasilkan prodo sesama writer tak kira sesama krew atau dari luar memang menghasilkan konklusi pengalaman dan pengetahuan bermakna. Juga pergaulan secara harmoni mematangkan sikap kita antara insan dengan saling hormat menghormati.
Sesi kali ini disertai dengan aktiviti BBQ, sebab kebiasaan kami sentiasa dalam kelaparan maklumlah kedai makan jauh. Dengan adanya BBQ menjimatkan masa untuk keluar rehat. Kira paint dengan chill la hari tu.
Beberapa gambar yang dapat dirakam sepanjang Sesi yang berlaku pada sabtu lepas.
Saya ucapkan terima kasih di atas masa anda membaca artikel ini. Walau bagaimanapun, saya harap anda faham bahawa laporan kepada umum perlu mempunyai format bukan sekadar papar fakta. Ini adalah penting supaya senang untuk dibaca dan digunakan sebagai maklumat untuk membuat keputusan. Laporan ini juga boleh disimpan dan digunakan untuk rujukan pada masa hadapan. Tidak kurang pentingnya ialah saya boleh gunakan laporan ini untuk memberi maklumbalas kepada future client.
Laporan sepatutnya mengandungi tajuk-tajuk di antaranya :-
1.Tujuan
2.Latarbelakang atau Senario Masakini
3.Masalah/ Isu yang perlu ditangani/ Skop dan jadual pelaksanaan/ Skop Kajian
4.Tindakan-tindakan yang telah diambil
5.Jadual pelaksanaan sebenar
6.Hasil penemuan kajian
7.Cadangan tindakan selanjutnya
8.Syor (jika melibatkan keputusan).
9.Penutup/ Rumusan
Pelapor perlu memilih tajuk-tajuk di atas mengikut kesesuaian laporan yang dibuat. Dengan adanya laporan seperti ini, pelapor dapat memberikan maklumat yang lengkap untuk digunakan oleh pihak pengurusan dan dapat menunjukkan bahawa perancangan yang mantap telah dibuat untuk melaksanakan tugas yang diarahkan. Dalam menulis laporan, pelapor juga akan berfikir dengan lebih mendalam mengenai apa yang dilaksanakan dan mungkin dapat idea-idea untuk menjalankan tugas yang diarahkan dengan lebih berkesan.
Walau bagaimanapun, gunakanlah budi bicara. Untuk memaklumkan status atau makluman segera, tidak perlu lah memeras otak untuk membuat laporan yang panjang lebar dan melambatkan penghantaran makluman tersebut. Sekiranya, sesuatu laporan diperlukan segera, seboleh-bolehnya sediakan laporan yang terbaik untuk masa yang singkat. Jangan pula sampai terlajak masa laporan diperlukan.
Suhu pemanasan global amat dirasai terutama dikampungku, namun ia bukan bermakna berakhirnya suasana damai dan ceria bagiku. Menikmati suasana nyaman dengan aktiviti graff sambil minum kelapa segar satu-satunya ekspresi bebas yang aku idamkan.
Peh! Lame siut, tak jumpa korang. Eh, bila korang bla, bla, bla dan bla... sudah menjadi fitrah manusia, bila kita berjauhan tanpa kerap berhubungan maka banyaklah cerita yang akan dikongsi. Sel-sel otak mula berhubung macam iklan susu. Bermula dari gossip, info, knowledge sampai benda karut habis semua rancak diperbualkan. Ternyata ikatan ukhuwah antara famili graff tiada putusnya bila kita bertemu secara 4 mata...
Dirty-dozen list.. Newba (Nebs), Waser, Nenok, Rash, Nuke (Dsire) dan Askoe (Aske).
Enjoy the making....
Terima kasih atas Jacket PWC yang sekian lama ditunggu akhirnya berada ditangan. Terima kasih pada Nenok atas projek anda menyeragamkan sebahagian PWC famili dengan crossover bersama NTA (Indonesia). Gue suka bangat Yacketnya....