AdSense

AdSense

Selasa, 23 November 2010

Tamplete membuat laporan.

Saya ucapkan terima kasih di atas masa anda membaca artikel ini.  Walau bagaimanapun, saya harap anda faham bahawa laporan kepada umum perlu mempunyai format bukan sekadar papar fakta.  Ini adalah penting supaya senang untuk dibaca dan digunakan sebagai maklumat untuk membuat keputusan.  Laporan ini juga boleh disimpan dan digunakan untuk rujukan pada masa hadapan.  Tidak kurang pentingnya ialah saya boleh gunakan laporan ini untuk memberi maklumbalas kepada future client. 
Laporan sepatutnya mengandungi tajuk-tajuk di antaranya :-

1.    Tujuan
2.    Latarbelakang atau Senario Masakini
3.    Masalah/ Isu yang perlu ditangani/ Skop dan jadual pelaksanaan/ Skop Kajian
4.    Tindakan-tindakan yang telah diambil
5.    Jadual pelaksanaan sebenar
6.    Hasil penemuan kajian
7.    Cadangan tindakan selanjutnya
8.    Syor (jika melibatkan keputusan).
9.    Penutup/ Rumusan

Pelapor perlu memilih tajuk-tajuk di atas mengikut kesesuaian laporan yang dibuat.  Dengan adanya laporan seperti ini, pelapor dapat memberikan maklumat yang lengkap untuk digunakan oleh pihak pengurusan dan dapat menunjukkan bahawa perancangan yang mantap telah dibuat untuk melaksanakan tugas yang diarahkan.  Dalam menulis laporan, pelapor juga akan berfikir dengan lebih mendalam mengenai apa yang dilaksanakan dan mungkin dapat idea-idea untuk menjalankan tugas yang diarahkan dengan lebih berkesan. 
Walau bagaimanapun, gunakanlah budi bicara.  Untuk memaklumkan status atau makluman segera, tidak perlu lah memeras otak untuk membuat laporan yang panjang lebar dan melambatkan penghantaran makluman tersebut.  Sekiranya, sesuatu laporan diperlukan segera, seboleh-bolehnya sediakan laporan yang terbaik untuk masa yang singkat.  Jangan pula sampai terlajak masa laporan diperlukan.